3.2.09
Pantun Berkait (Kelas 16/01)
Pantun: Karmina
Judul Lagu: Pulau Pisang
Irama: Ghazal
Pulau Pisang rumah a
pi,
Pedoman kapal belayar ma
lam;
Sebelum ajal berpantang ma
ti,
Walau tercampak lautan da
lam.
Pedoman kapal belayar malam,
Sarat bermuat buah keranji;
Walau tercampak lautan dalam,
Tidakku lupa segala janji.
Struktur:
~empat baris(yang popular)
~2 baris awal- pembayang
~2 baris akhir- maksud
~setiap baris - 8-12 suku kata
~hujung baris 1&3 -
aa~hujung baris 2&4 -
bb~imbuhan kurang digunakan
Renungan:Di dalam kelas hari ini, saya mempelajari tentang struktur pantun, di mana dua baris awalnya merupakan pembayang, manakalaa dua baris akhirnya merupakan maksud pantun tersebut. Pantun tradisional mengandungi kosa kata yang berasaskan persekitaran alam. Orang dahulu juga memang bijak kerana mereka dapat menyampaikan mesej dalam bentuk pantun dengan perkataan yang tidak berimbuhan. Namun begitu, mesej yang terdapat pada pantun tersebut masih dapat disampaikan kepada pembacanya.
`Sadiqah 1:07 PM