Hello(:
ask pls ._.

SatuLukisanKata.blogspot.com



3.2.09
Pantun Berkait (Kelas 19/01)


Pantun Mengenai Tuan Stamford Raffles:

Burung belibis di atas lantai,
Buah rambai dalam padi;
Tuan Raffles orang yang pandai,
Tahu sungguh mengambil hati.

Buah rambai dalam padi,
Lazat cita pula rasanya;
Pandai sungguh mengambil hati,
Serta dengan budi bahasanya.

Lazat cita pula rasanya,
Jeruju dengan duriannya;
Serta dengan budi bahasanya,
Setuju pula dengan isterinya.

Jeruju dengan duriannya,
Di tepi jalan orang berlari;
Setuju pula dengan isterinya,
Seperti bulan dengan matahari.

Dipetik daripada Karya Agung Pantun Melayu, 2001


Pantun yang di atas ini dikenali sebagai pantun berkait kerana baris kedua dan terakhir menjadi baris pertama dan ketiga rangkap seterusnya. Setiap rangkapnya pula mempunyai isi yang ada kena-mengena dengan rangkap yang lain.

`Sadiqah 1:59 PM

Perbincangan Ringkas Antologi Anak Laut










Dipetik dari blog Cikgu Manaf

`Sadiqah 1:43 PM

Glosari Sastera










Dipetik dari blog Cikgu Manaf

`Sadiqah 1:36 PM

Pantun Berkait (Kelas 16/01)


Pantun: Karmina
Judul Lagu: Pulau Pisang
Irama: Ghazal

Pulau Pisang rumah api,
Pedoman kapal belayar malam;
Sebelum ajal berpantang mati,
Walau tercampak lautan dalam.

Pedoman kapal belayar malam,
Sarat bermuat buah keranji;
Walau tercampak lautan dalam,
Tidakku lupa segala janji.

Struktur:
~empat baris(yang popular)
~2 baris awal- pembayang
~2 baris akhir- maksud
~setiap baris - 8-12 suku kata
~hujung baris 1&3 - aa
~hujung baris 2&4 - bb
~imbuhan kurang digunakan

Renungan:
Di dalam kelas hari ini, saya mempelajari tentang struktur pantun, di mana dua baris awalnya merupakan pembayang, manakalaa dua baris akhirnya merupakan maksud pantun tersebut. Pantun tradisional mengandungi kosa kata yang berasaskan persekitaran alam. Orang dahulu juga memang bijak kerana mereka dapat menyampaikan mesej dalam bentuk pantun dengan perkataan yang tidak berimbuhan. Namun begitu, mesej yang terdapat pada pantun tersebut masih dapat disampaikan kepada pembacanya.

`Sadiqah 1:07 PM

13.1.09
4 Jenis Pantun


Walaupun saya tidak menghadiri kelas sastera minggu lalu kerana terpaksa meninggalkan kelas lebih awal, saya diberitahu oleh kawan sedarjah yang lain bahawa kita harus mencari empat jenis pantun.

1. Pantun Nasihat:

Air melurut ke tepian mandi
Kembang berseri bunga senduduk
Elok diturut resmi padi
Semakin berisi semakin tunduk


Dipetik dari: http://penyair.wordpress.com/2007/06/22/pantun-nasihat/

2. Pantun Adat:

Limau purut dan limau manis
Tumbuh sebatang di tepi rawa
Kalau menjemput dengan manis
Orang pun datang dengan tertawa


Dipetik dari: http://culture.melayuonline.com/?a=cXVxL29QTS9VenVwRnRCb20%3D=

3. Pantun Teka-teki:

Tuan puteri belajar menari
Tari diajar oleh Pak Harun
Kalau Tuan bijak bestari
Apa yang naik tak pernah turun?

Jawapan: Umur


Dipetik dari: http://penyair.wordpress.com/2007/04/05/teka/

4. Pantun Peribahasa

Ada air di dalam gelas
Gelas diletak tidak beralas
Ada ubi ada batas
Ada budi pasti dibalas


Dipetik dari: http://pantun.blogdrive.com/archive/3.html

`Sadiqah 7:49 PM

10.1.09
Sasteraku, Sasteramu, Sastera kita semua


Selamat Datang Ke Blog Sastera saya. Sila berikan komen jikalau ada. Hidupkan Bahasa kita!

Seperti kata Hang Tuah: "Takkan Melayu hilang di dunia!"

`Sadiqah 4:06 PM


Hanya Satu Sahaja
`semua tentangku

♥Sadiqatul Mardhiyyah Bte Ahmad
3L1
Sekolah Tinggi Pemerintah Bukit Panjang

Ruang Luahan
`jangan malu-malu



Teman&Yang Sewaktu Dengannya
`singgah laman mereka

Links.

Arkib
`yang telah berlalu

January 2009
February 2009


Terima Kasih
`ikhlas dariku

Designer : xeFiLyMx
Basecodes : Elfie
Background : WeLovePotatoes